Tuesday, April 6, 2010

Terima Kasih Cikgu Fathia Firhat



Assalamualaikum,,
kali ni aku nak cite pasal ni,, seorang wanita yg ibarat Buah Durian, Berduri keras diluar, berisi lembut didalam.

Tahun tu(2004) Aku dan beberapa sidekick aku mcm Ezuan Saad Ali Hussein ,Fareezman dan Nazirul telah ditempatkan dalam kelas 3A dan know what? kitorg berempat je budak lelaki melayu dlm kelas seramai 29 org tuh, dapat pulak Cikgu Kelas- Cikgu Hemalatha *attention Atif* huhu.. dgn ketensionan yang melampau aku terpaksa gak pegi sekolah pasal aku ni student yg baik(?)

Tup2, kami dapat tahu yg kelas tu tak kekal, maksudnye akan berubah, kelegaan menyelubungi hati aku sehingga aku bertindak menyepak Ian Michael pd bumpernye tapi disebabkan reputasi aku sebagai pembuli die tak balas balik *nasib baik*

Akhirnye kelas dibubarkan dgn meninggalkan kenangan indah pada Ezuan kerana seorang amoi yg Sgt cute iaitu Carmen mengatakan bahawa beliau sgt Ensem dan Gagah Perkasa. Lol.

Dapat je kelas Baru mcm biase,, pilih ketua kelas, lol. dan memperkenalkan diri *aku paling tak suke*, kami berempat, (aku,ezuan,fareez ,Nazi) Port tepi tingkap lam kelas tuh mula mcm mengatur tempat last2 aku kene duk ngan Fareez. pastu, Jeng3, masuk lah Cikgu ini memancarkan aura2 Psychonye dgn tujuan tuk menampakkan Reputasi sebagi seorang pendidik (Jgn mare ye? Cikgu Fiat) yg mane tak effect pade aku kerana aku mmg ade sejarah sket dan aku sgt rebellious pade bende yang aku tak ske walaupun Cikgu suruh aku buat. Tapi aku ni bkannye jahat sgt smpi buat kacau kat lam kelas time pembelajaran, agak2 tak tahan je aku tido je pasal pagi2 kat tepi tingkap sgt berangin.

so aku pun wat hal sendiri je la, dan waktu ujian sem pertama aku menjawab kertas matematik aku dgn cukup maen2 sekali walaupun aku suke kira2, aku targetkan dpt 35/100 markah jer.
tgk2 dgn kekecewaan yg ramai drpd kami gagal yg watkan Cikgu Fiat slow talk kitorg sume,, aku pun da stat rase bersalah la,, sbb aku hati taman dan sangat suci, die umumkan name yg lulus, last2 die ckp 'Rico! 40 Markah ," , terkejut bewok aku kan,, pastu aku amatkan balik kertas tuh sebenanye aku dpt 38 markah je tp die bg aku markah kesian kat aku.. so, aku pon terharu sgt dan aku ckp kat die, "Cikgu, lain kali mesti naik markah sy"

Pastu dgn keSportingan die tu yg buat aku ske la belaja ngan die, pastu dgn die minat Motor besar dan Sukan2 ni yg buat kami semua rapat ngan die, nak2 time tu kitorang sume gila Skateboard dan sukan.

Die gak selalu bantu kitorang dlm2 kitorang down,, bagi semangat kat kitorang, Backup kitorang, dah macam Kakak(bg budak kelas kami yg lain) dan Mak(bg aku). tah mcmmane , ade mulut2 jahat yg buatkan Cikgu Fiat ditukarkan kelas, tak cukup lagi tu Cikgu Math pun tukar kepada Cikgu Teo,, ini membangkitkan kemarahan aku dan aku Rebel dgn Tido lam semua kelas dalam sehari , Kelas Cikgu Liyana(bm), cikgu Amalina(Geo, bawah meja aku port),Ustzh Aminah(Agama) tapi satu kelas je aku tak tido dan semua kerja rumah aku siap dan amat kemas sekali,, iaitu english, kelas The Legendary Raja Camsul Bariah, kalu tido mampos kene pancung,, die sgt Psycho.sampaikan satu hari Ustazah Aminah yg sweet tu tye aku pe masalahnye, so aku pun ckp la rindu Cikgu Fiat ngajar,kwn2 laen pon sokong,, then tah mcmmane kami dpat tahu
kami akan dapat balik Cikgu Fiat.

Skembalinye Cikgu Fiat, Bebudak ni hold small reunion yg buat semua cam sebak je kan,,, aku da hangin pasal aku tak ske sebak2nye environment ni so aku kuar mengular smpi balik.
Ape yg buat aku kagum, Cikgu Fiat ari2 Happy jer, tah aku pun tertanye2 asal camtu pasal 95% dari mase aku kat sekolah aku moody pasal tak cukup tido. Jadi dgn terkenangkan 2markah Kesian yg aku dapat aku Respect Cikgu Fiat! Die understanding, Die strong, die klakar(selalu kene bahan) and aku sampai hari ni masih happy pasal penah jadi murid dia.


Kpd Cikgu Fiat,

Terima kasih sebab byk tunjuk ajar sy selama ni, walaupun sy ni telinga kuali, kurang asam punye budak,sy ingat nasihat2 cikgu dulu, cikgu dah tolong sy menghadapi mase2 susah PMR dulu, dan Saya Ikhlas Mintak Maaf if sy terbahan Cikgu or buat Cikgu terase walaupun sebesar zarah.Saye doakan cikgu all the best dan mintak Allah bantu cikgu, dunia dan Akhirat, Cikgu Fiat mmg Terbaek!Terima Kasih Cikgu! (ikut tone budak sekolah)

*sy ilang la no tepon cikgu hik2,, leh bg blik tak,, leh belanja2 makan ke,, bercuti ke Mauritius ke

RAF corp VS MPT

Dipetik dr blog Adib (http://www.myspace.com/adibmlt)

..>..>..>..>..> ..> ..>..>..>..>..>..>
Sejarah Penubuhan RAF CORP....

Pada suatu pagi yang hening, suasana di sebuah sekolah...........yang menganjurkan hari kokurikulum pada pagi tersebut. Sekumpulan .......... yg berjaya telah membuat pertunjukkan yg sangat hebat sehinggakan orang ramai terpeggun melihatnya, disebabkan pertunjukkan mereka sangat hebat, muncullah sekumpulan tentera (made in hell) yang menggelar diri mereka MPT(minah pondan terhebat) lalu menyerang kumpulan tersebut menggunakan senjata rahsia mereka iatu paip bomba. Lalu rebah dan tertewasnya kumpulan tersebut.Pada malam tersebut kumpulan disertai kumpulan luar telah mengadakan mesyuarat tergempar,mereka telah menceritakan masalah mereka dan berhasrat untuk menyerang semula tentera MPT yg telah menyerang mereka tempoh hari. Di atas kesepakatan yang telah ditandatangani , maka tertubuhlah RAF CORP.......

RAF corp dianggotai 14 ahli kumpulan yg berpengalaman dalam mentadbir pelajar. Strategi mereka yang pertama ialah menyebarkan risalah yang menyatakan MPT ialah paksi kejahatan dan mereka sememangnya kejam. Setelah berhempas pulas mereka menyebarkan risalah tersebut, tiba-tiba salah satu risalah telah diterbangkan oleh angin dan landing betul-betul di bawah pintu markas MPT yang terletak hampir 1.3 kilometer dari markas RAF corp. Maka terkantoilah proses untuk menjatuhkan MPT yang merupakan organisasi tidak berdaftar oleh kerajaan pusat. Dengan kejamnya ,salah seorang tentera MPT telah menyiasat siapakah dalang disebalik serangan psikologi tersebut.Dengan tidak semena-mena maka tertangkap lah salah seorang ahli RAF yang namanya tidak mahu dikenali. Bak kata pepatah sekor kantoi maka sumenya kantoi. Ahli RAF telah ditangkap oleh MPT dan disoal siasat serta diberi saguhati yang tak berapa nak lumayan iatu penampo free from hell kepada semua ahli RAF. Akibat dari tertangkapnya salah seorang dari pada ahli yang terpenting dalam RAF,mereka mengambil kata sepakat untuk menewaskan MPT dengan cara memusnahkan kereta kebal mereka yg bernama kereta dengan menggunakan senjata buatan malaysia iatu duit syiling dan menggoreskanya pada senjata tersebut. Tetapi serangan tersebut tidak berjaya kerana pada masa itu satu ujian getir perlu ditempuhi oleh semua rakyat termasuklah RAF.Terkuburlah hasrat mereka dengan amannya.Sehingga ke hari ini ,ahli RAF telah berpecah dan menuju haluan hidup mereka masing-masing. Pada tanggal 2007 semasa proses penukaran pangkat junior menjadi senior, merujuk kepada khabar masyarakat junior RAF , MPT telah dijatuhkan serta dikantoikan oleh kerajaan pusat, ini menyebabkan MPT dibubarkan selama-lamanya. Namun kisah sedih RAF serta kekejaman MPT tidak akan terkubur begitu sahaja di mata dan mulut Ahli RAF.Mereka akhirnya diunitedkan di dalam sebuah laman terkemuka bernama myspace.Begitulah kisah mereka ber 14 bersaudara menetang paksi kejahatan bertopeng kan ultraman dan power ranger di sebuah kerajaan bernama S............ G............... happily ever after... kisah ini tiada kaitan antara hidup dan mampos.......

Kisah ini tidak diceritakan didalm kisah diatas. diharap apabila anda bace kisah dibawah jangan sedih dan emotional........ Sebelum RAF berpecah , 3 hero RAF iatu Rico(terdapat di top myspace aku) dan 2 mat jiwang telah ditangkap dengan penuh tragik oleh MPT.Mereka bertiga telah dihukum dengan teruknya sehinggakan hero utama menitiskan air mata dan pelbagai jenis air lagi. manakala si Rico hanya control macho dan steady cool berhadapan dengan paksi kejahatan bernama MPT (Majlis Pembetulan Tatasusila) kononnye~~~~~~~

Para Pelakon:001-014

Monday, April 5, 2010

Beautiful Save by Taengoo

Semalam hari aku bermula dengan bagus sekali,, bertolak dari rumah walaupun lewat tapi dapat mengelak peak traffic jam kat Sg Plong, Sg Buloh ngan Damansara. Masuk keje pun dgn mood CEO ngan MD bagus semacam je buat aku semangat nak wat keje sket la,,

lam kul 4 ptg yg aku diBuzz oleh kawan lama aku Arysa, tetiba je dia tulis PENIPU!!!, lol,, aku pun tanye la die pehalkan,, setelah interogattion berjalan baru aku tau yg die baru lepas Clash ngan Pakwe die dan disebabkan aku sorg je kwn YM die yg online aku la jadi mangsa die,,

aku balas setiap msg die dgn mood yg tenang(on screen) tapi sebenarnya hati aku terbakar tak ingat punye,,
betul kata Karam Singh 'terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yg tahu" .. haha
pastu Arysa soh aku topupkan die,, lol,, dgn gaji tak dapat lagi,, dgn maintainance Ara yg semakin byk aku mmg takleh tolong la,, so die antar lg sekali "PENIPU!'..
aku pun terlelap dgn hati panas je kan?

pagi ni aku dgn extremely blurnye pegi ofis dan bukak je Computer mood aku terus berubah mcm biasa balik bila ternampak gambar wallpaper computer aku yg seperti post sebelum ni.
lol, dgn aku mulakan hari aku dgr lagu CNBlue (Wetoriya) aku dah kembali kepada asal,,

never fail tuk wat aku happy,, tu Power yg ada pada Dia.

so aku invite korang ,join aku,, hahaha

Rico Ridzhuan Rozaidy

Thursday, April 1, 2010

Banyak main RPG buatkan aku Sistematik?

Aku berfikiran Sistematik, ya Sangat2 Sistematik,,
jadi aku tak tahu ni Kelebihan aku atau Keburukan aku,,

If korang rapat dgn aku or kawan lama dgn aku korg akan perasan bende ni
*credited to Zuhair coz u make me realised this Bro!*

1st skali, kalau korang berjanji nak jumpe dgn aku, jgn bg aku nombor such as Pkul bpe nak jumpe sbb walaupun ridiculous aku akan berada kat situ tepat pd nombor yg korang janjikan, kalu korang lambat (kalu skit2 takpe la) aku akan trus panas hati, jd jgm bg aku nombor kalau korang takleh tepat sbbnye aku systematik.

ke 2, planning sesuatu(group work or camping or kerja), aku akan buat sesuatu tu mengikut urutan, first come first, second come second, dan dlm hidup aku theres no such this as Plan B(spontan), Plan B aku akan aku rancangkan trus sampai ade beberapa Backup Plan (note to Abg Tee, Abe Dan Muz on Assgment Submission Tragedy), walupun rancangan awal gagal, last2 berjaya gak kalu bekerjasama, and if u are in group with me tapi tak menyumbang ape2 aku tak kesah, jgnkan korang lg menserabutkan plan2 sedangkan korang tak contribute pape krg just ringankan beban yg len dgn sokongan moral je, thats better, dan aku tak buat sesuatu backward dr sepatutnye Sbbnye aku Sistematik.

ke 3, Hidup aku jgak sistematik, time Sekolah, bgn kul 6, gi sekolah kul 7, stat bercakap kul 8 and so on, and guess what, hari2 aku akan mcm tu dan hanya akan berubah if environment berubah, (masa aku kat asrama, hidup aku stat kul 12 malam)

Ke 4, keSistematikan aku ni byk mendatangkan masalah pd Kawan2 aku membuatkan mereka menjauhkan diri dari aku, hahaha..

Ke 5, aku jugak tak men game2 yg tak RPG and lame mcm Lumba2 or tembak that is from Act Genre, sebab itu tak mencabar kesistematikan otak aku

Kawan2 gamers aku,
Game RPG yang dah aku settlekan
1. Final Fantasy 1 sampai 13 (habiskan 1-10, VII Dirge of Cerberus)
2.Valkyrie Profile Lenneth, Silmeria dan Covenant of the Plume
3.Devil May Cry 1-4 , no 4 je tinggal
4.Suikoden 1-3
5.Chaos Legion
6.Wario and Mario RPG
7. Megaman X 1-8, Megaman X command Mission
8.Castlevania Symphony of the Night , Lament of Innocence
9.Chrono Cross , Chrono Trigger
10. Dot Hack 1-4 (3 lg tinggal)
11. God Of War 1-2
12. Phantasy Star Online(PC)
13. Digimon World 1-4 , Dusk, Dawn
14. Megaman Zero 1-4
15. Megaman ZX , ZX Advent
16. Pokemon(dr Green hingga Platinum, means Semua)

sume bende ni dah berjaya Pollute smpi kedalam pemikiran aku, lol,,

Wednesday, March 31, 2010

Taeyeon & Rico Fighting!

Taengoo dgn Jessica

Tiap2 pagi sebelum mule keje aku mesti terpandang muke dorg pasal aku wat wallpaper kat PC, haha, pagi ni aku kene study satu bulannye claim movement lam company, dgn document filing bersepah aku terpaksa overhaul 1 officenye document.. lol, Pau ko da stat bg aku training pasal aku asek buat keje photostat je, then waktu lunch Nani si Kerani ajak aku makan tapi selama aku keje sni aku tak makan lunch pasal mahal, tp aku mkn malam pun mahal gak,, haha,, semalam Uncle KP belanja tp pedasnye tak ingat, aku mkn jugak pasal rezeki, tp sambil nangis la,

esok aku ingat nak blik Klang pasal aku rindu nak men Ps2 dgn Adik Bongsu aku, Kojeng, Baru 7 tahun da berjaya menumpaskan aku men game Winning Eleven, sedangkan die tak reti membaca pun, lol, aku waktu umo die dulu, aku dah pandai masak kari dah, hampehnye budak, zaman dah berubah , dunia dah maju....


skang ni aku nak relaz jap tgk Taengoo pasal kepala aku dah mcm nak meletup....

lol...

Monday, March 29, 2010

Once a Fighter Will Always be a Fighter

Aku selalu takut yg sumpahan Guru aku dulu memakan diri aku, dia mengatakan kalu tak khatamkan ilmu tu dgn die aku akan jd Majjal die jugak kate ' kalau kau tak buat memutus dgn aku, kau pegi belajar dekat mana pun ko takkan boleh jadi hero". Last aku jumpe die adalah pada tahun 2006 dan ape yang die kata jd mcm betul, aku jadi penakut semacam je kalu berdepan dgn ancaman2 dr sekeliling.

Aku juga tgk sahabat2 aku mcm Ezuan dan Huzaifah yg semakin hari semakin terer tentang bende2 ni, kami ni diibaratkan macam trio geng Naruto tu yg mane Ezuan(Sasuke), Huzaifah(Neji) dan aku pulak jadi mcm Rock Lee pasal diekan takde chakra.. hahak.. tu perumpamaan jer la

Satu Hari aku keluar dgn kawan2 aku Eryna, Yaya, dan Ecah,, yg mane aku sorang je laki *duhhh*, tgh lepak2 tu ade la 2 org mamat ni, aku ingat dorg ni br abes sekolah kot.. mcm bagus je nak kacau2 bdak2 ni kan. Aku pun dgn tidak sengajanye bertentang mate dgn salah seorang dr diorg dan tetiba je cr gaduh. aku dah kecut mcm belon helium yg dah 3 hari dah, lepas2 byr nak blah je dorg block2 kitorg and try pegang2 Eryna, aku pun larang la kan mcm hero hindustan, tetiba je salah sorg dr mamat tu menghayunkan kejantanan die yg tak seberapa tu dekat dgn muka aku.

Syukur Ya Allah, condition reflexes aku dah menyelamatkan aku dr terkena pukulan sulung dr die. Tetiba je aku naek panas , dlm arena pertempuran tgn kosong, mematahkan serangan sulung dr musuh adalah langkah pemati, dgn sekuat hati aku menampar mamat tu sehingga die melutut dpn kitorg,, berbirat 5 jari aku ibarat tatu yg sgt seni sekali kat muka die,, lg sorang tu terkejut dan mule goyang. dorg berani la kacau kitorg sebab dorg ingat boleh makan punye sebab dorg tgk aku sopan2 je n kene buli ngan 3 org pompuan ni je memanjang. aku bukak pintu Ara and terus amik Tongkat Arwah TokBah aku yg tersisip kemas kat seat driver. tak cukup tapak kaki dorg blah kan.. hahaha

balik tu bebudak pompuan ni leh lak mengentoi yg aku ni kejam dan tak berbelas kasihan,, kat Highway Setia Alam tu aku berenti kat tepi,, diam trus dorg.

Aku pun trus contact Guru aku, setelah berbakul2 kutukan dan kata2 kesat disemburkan (tu care die bertegur sapa) aku pun cite kat die ape yg terjadi, dgn tergelak die menjawab 'aku bergurau je ttg perkara Majjal2 tu, untuk takut2kan korg supaya korg tak guna ilmu yg aku bg tu tak tentu pasal, ilmu yg korg terima, pengalaman yg korang cari takde sape yg boleh ambik dan syukurlah pada Allah ttg tu, tapi kalu ko tak training ilmu ko tu akan terkikis sikit2 dr ingatan ko pasal manusia ni mudah lupa jd trianing la selalu". Hati aku lega tak hengat punya,
tak sangka apa yg aku takutkan semuanya tak berasas.

sekarang aku berazam akan pegi menamatkan ilmu aku dgn die pasal byk manfaat yang aku leh dapat dgn hanya spend 3 hari je dgn die.

moral yg aku dapat ni dan aku nak kongsi ialah Ilmu yg korang dapat adalah hak korg, dan terpulang pade korg mcmmane nak gunakannye, lagi jgn pandang rendah org laen dan yg terakhir syukurlah dgn nikmat(ilmu) yang Allah bagi walaupun kadang2 ilmu tu nampak mcm takde gunenye.. bukan takde gunanya tapi belum ade gunanya.

**aku belajar medic safety 3 tahun tapi keje jadi Juruukur bahan(quantity surveyor) pahal??

Thursday, March 25, 2010

Save me!!!!Taengoo!!

Rasenye perkara ni terjadi tahun lepas(jun-july 2009), waktu diHostel, setiap pagi, waktu free2 atau pun nak Tido, teman tido aku(?) iaitu Tan Seri Mudzaffar akan memekakkan telinga aku dgn lagu2 Korea yg mane akhirnya membangkitkan kemarahan aku. Ibarat sebuah bom yg dijatuhkan dari kapal perang aku menuju kearah dia, baru je aku nak marah dgn ayat ni *ape yg ko tgk ni settaaaannn* yg mane ianya da beratur kat soundbox aku dan tunggu giliran nak kuar je die dgn selambanya pusingkan laptop die mengadap aku, tetiba aku ternampak!!!

Kim Taeyeon


Dan bila aku sedar je aku dah terjebak sekali dalam kancah permainan Mudz ngan sidekicknye Piqi Bon-Bon.Hari-hari berikutnye kaki aku pon dah join dorg sume melayan Music2 Korea yg tak mendatangkan masalah langsung lam hidup aku Pasal aku pun da lame layan Music2 asing ni Macam dari Japan(Yui,Flow,Wada Kouji,Issa), US(A7X,Metalica,Paramore,Coldplay), China(Lai Meng, Aaron Kwok, Kelly Chen) Dan Terbaru dr Korea(CNBlue,SNSD,SuJu)

Tapi Pasal Minat aku nak ambik tahu pasal bahasa org asing ni yg bawak aku lg obses ngan Semua ni, kalau setakat nak ckp english, japan,cina(kantonis) dan korea sket2 tu aku rase da boleh la.

tapi no 1 skang ni mmg aku sangat x 10 obses dgn Taeyeon *selamatkan aku kawan2*, tengok muke die pon aku da bleh tersengih2 mcm org tak betul and aku jdi berdebar semacam jer. sehari tak dapat tengok da bleh wat aku sangat panas yg mana aku mandi pon air tu jadi wap.. huhuhu...

nasib bek la skang ni kat Astro ade channel KBS so terubat la sket gila aku tu, walupun tak dpt tgk Taeyeon pon aku selalu jgk dpt tgk Housemate die Mcm Sunny,Yuri(get well soon!!),Tiffany ngan Sooyoung.Tak dapat Tgk orgnye dpt tgk org rumahnye pon jadila.. pendek kate.. aku sedar aku dah gila. semua ni salah korang(mudz ngan Piqi Bon-Bon)