Tuesday, April 6, 2010

RAF corp VS MPT

Dipetik dr blog Adib (http://www.myspace.com/adibmlt)

..>..>..>..>..> ..> ..>..>..>..>..>..>
Sejarah Penubuhan RAF CORP....

Pada suatu pagi yang hening, suasana di sebuah sekolah...........yang menganjurkan hari kokurikulum pada pagi tersebut. Sekumpulan .......... yg berjaya telah membuat pertunjukkan yg sangat hebat sehinggakan orang ramai terpeggun melihatnya, disebabkan pertunjukkan mereka sangat hebat, muncullah sekumpulan tentera (made in hell) yang menggelar diri mereka MPT(minah pondan terhebat) lalu menyerang kumpulan tersebut menggunakan senjata rahsia mereka iatu paip bomba. Lalu rebah dan tertewasnya kumpulan tersebut.Pada malam tersebut kumpulan disertai kumpulan luar telah mengadakan mesyuarat tergempar,mereka telah menceritakan masalah mereka dan berhasrat untuk menyerang semula tentera MPT yg telah menyerang mereka tempoh hari. Di atas kesepakatan yang telah ditandatangani , maka tertubuhlah RAF CORP.......

RAF corp dianggotai 14 ahli kumpulan yg berpengalaman dalam mentadbir pelajar. Strategi mereka yang pertama ialah menyebarkan risalah yang menyatakan MPT ialah paksi kejahatan dan mereka sememangnya kejam. Setelah berhempas pulas mereka menyebarkan risalah tersebut, tiba-tiba salah satu risalah telah diterbangkan oleh angin dan landing betul-betul di bawah pintu markas MPT yang terletak hampir 1.3 kilometer dari markas RAF corp. Maka terkantoilah proses untuk menjatuhkan MPT yang merupakan organisasi tidak berdaftar oleh kerajaan pusat. Dengan kejamnya ,salah seorang tentera MPT telah menyiasat siapakah dalang disebalik serangan psikologi tersebut.Dengan tidak semena-mena maka tertangkap lah salah seorang ahli RAF yang namanya tidak mahu dikenali. Bak kata pepatah sekor kantoi maka sumenya kantoi. Ahli RAF telah ditangkap oleh MPT dan disoal siasat serta diberi saguhati yang tak berapa nak lumayan iatu penampo free from hell kepada semua ahli RAF. Akibat dari tertangkapnya salah seorang dari pada ahli yang terpenting dalam RAF,mereka mengambil kata sepakat untuk menewaskan MPT dengan cara memusnahkan kereta kebal mereka yg bernama kereta dengan menggunakan senjata buatan malaysia iatu duit syiling dan menggoreskanya pada senjata tersebut. Tetapi serangan tersebut tidak berjaya kerana pada masa itu satu ujian getir perlu ditempuhi oleh semua rakyat termasuklah RAF.Terkuburlah hasrat mereka dengan amannya.Sehingga ke hari ini ,ahli RAF telah berpecah dan menuju haluan hidup mereka masing-masing. Pada tanggal 2007 semasa proses penukaran pangkat junior menjadi senior, merujuk kepada khabar masyarakat junior RAF , MPT telah dijatuhkan serta dikantoikan oleh kerajaan pusat, ini menyebabkan MPT dibubarkan selama-lamanya. Namun kisah sedih RAF serta kekejaman MPT tidak akan terkubur begitu sahaja di mata dan mulut Ahli RAF.Mereka akhirnya diunitedkan di dalam sebuah laman terkemuka bernama myspace.Begitulah kisah mereka ber 14 bersaudara menetang paksi kejahatan bertopeng kan ultraman dan power ranger di sebuah kerajaan bernama S............ G............... happily ever after... kisah ini tiada kaitan antara hidup dan mampos.......

Kisah ini tidak diceritakan didalm kisah diatas. diharap apabila anda bace kisah dibawah jangan sedih dan emotional........ Sebelum RAF berpecah , 3 hero RAF iatu Rico(terdapat di top myspace aku) dan 2 mat jiwang telah ditangkap dengan penuh tragik oleh MPT.Mereka bertiga telah dihukum dengan teruknya sehinggakan hero utama menitiskan air mata dan pelbagai jenis air lagi. manakala si Rico hanya control macho dan steady cool berhadapan dengan paksi kejahatan bernama MPT (Majlis Pembetulan Tatasusila) kononnye~~~~~~~

Para Pelakon:001-014

No comments:

Post a Comment