Thursday, June 28, 2012

Kepada Nadiah Noraini

dah hampir setahun kita bersama, rasenye mcm semalam je kita baru kenal kan sayang?

semenjak dari hari pertama kita bersama, bukan, semenjak dari aku mule sedar yang aku suka dan sayang pada kau, aku dah berazam dalam diri aku, aku akan pastikan, setiap kali kau berjumpa dengan aku, aku akan membuat kau senyum atleast sekali, dan reward yang paling besar untuk setiap pertemuan adalah kau akan ketawa, dan aku tahu aku juga banyak buat kau menangis, maafkan aku,

dari dulu aku mmg tak penah termimpi akan dianugerahkan kau dalam hidup aku, aku mmg selalunye berharap banyak dan selalu akan kecewa, ofcozla aku tak dapat, aku tak layak, tapi disaat aku dah sedar dan berubah, secara perlahan kau muncul dalam hidup aku, aku menyenanginya :)

dan saat paling gembira dalam hidup aku juga semasa aku tahu dr kau sendiri yang kau juga menyintai aku, setelah berbulan ku sangka bertepuk sebelah tangan sahaja,  dan ade juga cubaan aku nak lari dari hidup kau selama dua kali dan ianya gagal jadi aku akur

ramai orang bertanya kepada aku, kenapa Nad yang kau pilih Rico? die masih budak, kau masih ade ramai lg yang minat pada kau, lebih cantik, lebih sesuai umurnya dengan kau, senang je , aku cuma akan bagitahu mereka satu saja jawapan, Nad yang aku pilih, dan itu antara aku dan dia, dan die tak mcm stok2 simpanan yang lain tu,


aku tak sempurna, jadi kau tak payah risau, bukan kesempurnaan yang aku cari dalam diri kau, tp hanya setitis percikan api keikhlasan kasih sayang kau pada aku, dan setelah aku tahu, bukan itu yang kau serahkan pada aku, tetapi cahaya seterik matahari yang aku terima dari kau :) aku ucapkan terima kasih
kadang2 aku terbakar

banyak kali jugak kita bergadoh dan akhirnya kau akan menangis, aku minta maaf, semuanya mmg salah aku, dan aku mmg tak berniat untuk buat kau menangis, kedegilan kau adalah sama dengan kedegilan aku, dan itulah kecomelan kita berdua, sebab tu kita bersama, aku juga bersyukur sebab dgn pergaduhan kita dapat tahu betapa utuh keikhlasan kasih sayang kita antara satu sama lain, sebab tak sampai 24 jam, kita kan berbaik semula
aku masih nak minta maaf


masih ingat masa aku ditimpa musibah, kau berusaha bersama aku, datang menjenguk aku naik bas, duduk bercerita , aku rindu kenangan tu, kita hanya punyai diri masing2, tiada kebendaan menghalang dan menghantui kita, hanya ada kau dan aku

aku masih ingat masa kali pertama kita bertentang mata, kau juga rasakan, dan aku juga rasakan sesuatu, hati aku berkata, inilah dia

aku juga berterima kasih kepada kau, selama setahun kau bertahan dengan karenah aku, mulut aku yang laser, dan aku tahu ade perkara yang aku ucapkan kau terase hati, aku minta maaf,

aku juga berterima kasih atas segala yang kau lakukan untuk aku, segala pemberian kau (terutamanya Gundam) aku akan hargainya selama2nya, dan dengar kata hatiku ini, terima kasih


Selepas Setahun, aku masih dengan apa yang aku mahukan, aku tak mahukan kesempurnaan, aku cuma mahukan kau disisiku, 

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Sayangku Nadnod, disebabkan anda terlalu comel, dan baik, dan pandai, dan paling penting, Setia, 

anda akan dihukum!

hukumannya,

Anda Kena Menjadi isteri saya :)

Family saya akan melawat family awak pada bulan Oktober ini, jadi sile kosongkan jari manis awak untuk disarungkan cincin oleh Ma saya

dan ini adalah arahan, dr Cocodydy awak :)

1 comment:

  1. Wahhh....bestnyer rico...giler romantik....tahniah ler..hehehehe.... =DD

    ReplyDelete