Aku Lahir pada 10 Mei 1989, 4 Shawal 1409, Hari Rabu
1. kajian mengikut Tarikh Hari lahir
Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
2. Kajian Mengikut Bulan lahir Calendar masihi
MEI
- Keras hati dan degil
- Semangat dan bermotivasi tinggi
- Pandai menarik hati orang lain dan
menarik perhatian
- Berfikiran tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi fizikal dan mental
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah
dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat(memahami apa yang
terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)
- Bahagian telinga dan leher mudah
diserang penyakit
- Daya khayalan yang tinggi
- Berfikiran tajam
- Pandai berdebat
- Bentuk fizikal yang baik dan menarik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni dan muzik serta
melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tak mempunyai ramai anak
- Tak boleh duduk diam
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros
3. Kajian mengikut Bulan Lahir, Kalendar Islam
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
4. Kajian Mengikut Hari Lahir
HARI RABU : Seorang yang dermawan
Mereka yang lahir pada hari Rabu terkenal sebagai si dermawan, penuh kasih sayang, sumber kasih sayang (cinta) dan punya rasa keprimanusiaan. Kerana itu mereka mudah belas kasihan (kadang berlebihan) ini membuat mereka sentimental, bahkan kadang-kadang kurang tepat tindakannya.
Memberi dan memberi merupakan kebiasaannya, jiwanya memang dipenuhi minat untuk memberi kepada orang lain sesuatu, apa saja yang mereka miliki kerana kebiasaannya memberi membuat banyak orang yang bergantung kepadanya, nampak negatif kerana membuat yang menerima tidak berdikari, bahkan kekadang menjadi pemalas. Kerana hatinya didera penderitaan orang lain. Si anak Rabu memang memiliki rasa empati yang dalam. untuk itu mereka digelar sebagai anak yang penuh kasih sayang
Conclusion? Ade sahihnye juga kajian ni, boleh bantu kenali siapa diri sebenar, n mcm mane nak lakukkan perubahan negatif pada positif
No comments:
Post a Comment