Sunday, June 27, 2010

PEMBOHONGAN SEORANG IBU…

PEMBOHONGAN SEORANG IBU…


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.



Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.



Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


BUAT KITA SEMUA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU...INGATLAH....SETIAP PEMBOHONGAN YG IBU KITA LAKUKAN...
MEREKA SEMEMANGNYA SENGAJA MEMBOHONGI KITA KERANA, INGIN MELIHAT KITA SENANG, BAHAGIA,SIHAT DAH SENANTIASA SENYUM

ADAKAH KITA MEMBALAS PEMBOHONGAN INI DGN , DENGAN PENIPUAN YG HAKIKI? MENSIA-SIAKAN SEGALA PENAT LELAH MEREKA?
DERHAKA KEPADA MEREKA?
SENANTIASA MENYUSAHKAN MEREKA?

APA YAG KITA BERIKAN KEPADA MEREKA , AGAR MEREKA SENANTIASA SENYUM
SENANTIASA BAHAGIA
SENANTIASA DIDALAM KETENANGAN

BUKAN WANG RINGGIT SERTA KEMEWAHAN YG MEREKA INGINKAN, TETAPI SIKAP TGUJWB SEORG ANAK KEPADA MEREKA YG MEREKA HARAPKAN
KASIH SAYG TERHADAP DIRINYA WALAUPON SUDH BERUMAHTANGGA

JUSTERU DGN INI SY MERAYU KEPADA SEKELIAN YG MEMBACA , HARGAILAH MEREKA, SYGLAH MEREKA, BERKORBANLAH UTK MEREKA SELAGI MEREKA MASIH ADA, MEREKA TETAP IBU YG MELAHIRKAN KITA ,WALAUPOM MEREKA ,
BERLAINAN AGAMA
PELACUR
PENGEMIS
BANDUAN
DAN APA SAHAJA....

SYURGA KITA SEMUA DIBAWAH TAPAK KAKI MEREKA....INGATLAH.....

Saturday, June 26, 2010

She Said And He Said

SHE SAID : HE SAID

This was a True Story

hi there : *look n look away*
lets walk together : i dont want to be seen with u
i bring u food! : feed it to somebody else
i sprained my leg : its about time u got served
lets go to the mall : i wanna sleep
u look nice today : dont be near me , it will make me look nicer
this thing is heavy : Carry it, its the same weight as ur stuborness
i got food poisoning, im in hospital : my 50 cent is missing, its more important to me now
how come u look so tired? : coz i always see u
i bought u a watch : watch will slow me down, give it to somebody else
let me fix ur hair : dont touch me!
u dont bring books? use mine : i dont need urs, ill find somebody else
goodnite : never good if u around
i miss u : dont do stupid things such as that
i love u so much : yeah? i dont care, ur not fit for me


But suddenly She's gone forever, the boy live with Grieve, live with regret, live with fake smile, and he suddenly realised, this was what he's going to say actually

hi there : hi honey
lets walk together : if ur tired ill carry u on my back
i bring u food! : great i love ur cook
i sprained my leg : ill take u to that stupid doctor
lets go to the mall : ok, use my wallet
u look nice today : its because u make me feel nice
this thing is heavy : lets carry it together
i got food poisoning, im in hospital : ill kill that stupid doctor if anything happen to u
how come u look so tired? : coz remembering u so that i didnt get enough sleep
i bought u a watch : great, i need 1 now!
let me fix ur hair : ok, here2
u dont bring books? use mine : ill treat u candy after this, as thx
goodnite : good nite sweetie
i miss u : i miss u more
i love u so much : i love u too

Due to his arrogance , his reputation, he said other things instead of what he actually feel, so thats a price to pay,

Today he live with pure honesty, live well but his love to her will never be forgetted,


THE END

Wednesday, June 23, 2010

12th June To 24th June

bg aku, 12 hari ni lah yg paling menarik dalam hidup aku, sebab mse ni aku ditimpa mcam2 bende yg agak2 dr salah aku sendiri jugak, hahaha, tapi know what? aku survived! hari ini 24 jun aku dah stable balik, lol, biasa la, pokok mne yg tak ditiup angin kan? aku pun sentiasa ada masalah, bg spe yg tak kenal aku mmg la tgk aku mcm takde masalah je, bak kate diorg Cool, tp korg sume tak kenal aku lg sebenarnye dan aku tak berniat pun nak bg korg kenal aku, pandai2 la, dalam mse aku susah ni la aku nampak dunia ni yg sebenarnye, yg time aku senang ianye dikaburi ngan kesenangan aku tu, tp takpe , aku dah dpt pengajaran yg sepatutnye, dan aku akan lebih berhati2 lain kali, mulai ari ni aku akan carry on living mcm aku hidup bulan 4 dulu, cos time tu aku rse sume yg aku buat sgt smooth dan bermakna, segala yg lain aku dah taknak peduli lagi, aku nak kuar dr grid ni, ianya dipenuhi dgn sampah dan kotoran , dah la aku ni jenis yg malas nak bersih2kan pe yg dah kotor ni, aku lgi rela elakkan dr terkena kotoran supaya aku takyah susah2 nak basuh nanti

Skang, aku nak balik kepada seseorg yg dah lame aku tgglkan, sian die sorg2,

Taengoo im coming!!!



사랑해요 김태연!!!

Monday, June 21, 2010

Penat, Ngantuk, Downed, Lapar, Sakit, Alone, and Laughter

sejak minggu lepas, sume ni aku rse, haha, aku redha, bese la, time senang leka, time susah, pun leka,tu lah aku, World cup da stat tp aku Down dgn performance sume team, agaknye aku terlalu berharap haha, tp its too early to tell, aku akan bg peluang kat dorg,

Kerja, Buat aku mcm takde life, Bgun Pg, gi keje,balik keje, tido, so aku sgt penat smpi aku careless tuk jge makan minum aku dan diri aku sendiri, dgn alignment br lam company tu yg ade keburukan dan kebaikan bg aku, tp bese la, aku ni lagi byk nampak keburukan so aku down lagi, tp aku still leh tahan lagi la, kate kerja, nak best2 bukak company sendiri la kan? hahaha, by the way, takde lg damage yg aku terime sbb aku mmg sentiasa lam kesakitan, its a matter of from myself or from my own stupidity, so aku lg better off alone tuh tidak merebakkan kesakitan aku tu kat org laen sbb ianya sgt communicable, sgt2 communicable. hahaha, aku jugak sentiasa dlm kelaparan atas tindakan aku sendiri yg agak miss dr sasaran asal, merancang then it went wrong, biase la, agak susah gak lam hidup aku untuk continously wat perkara yg betul,

Alone, aku berhubung dgn fon, dan fon aku dah bisu(bukan silent ok?), not even a text from anyone yg rapat dgn aku, baek adik beradik, kwn2 or even yg mostly tak putus2 ngan aku la, dan dah dekat 2 minggu so i decided that bgus gak mcm ni sebab aku leh susun hidup aku balik, dan time aku dah berdiri, aku akan jumpe balik sume org yg syg aku, hahaha

LAughter, aku sentiasa gelak, aku gelak je, walaupun tgk bola, drive sorg2, bersihkan laman, aku gelak, aku tak tahu kenapa tp aku rse sgt kelakar dgn diri aku sendiri, dan skang tgh taip ni pun aku still sengih2, dlm 2-3 hari ni aku mcm keracunan Nitrous oxide, aku gelak je,

LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE, so, aku gelak la, kan?

Wednesday, June 16, 2010

APAKAH?? Part 3

lebih kurang 30 minit yg lepas, aku kua makan tengah hari la, standard la, Restoran Sri Indah, hahak, Byk pilihan tp balik2 aku mkn bende yg sme,, hahak,
Macam bese, dtg, order air, wat muke manja sambil lambai2 makcik Cashier tuh, aku pun port kat depan TV, restoran arini lengang sket , tah la, tak tau nape, org tak ramai, baru je aku 10% makan,
ade 3 org awek, yg cantik2(huhu!) dan ayu siap bertudung sume duduk dgn aku!, terkejut biawak aku kan, pastu dorg leh act mcm aku takde kat situ, sembang2 , gelak2 sume, aku Blur, APAKAHH??? pastu aku pun mcm bese la, Sound, "korg ni takde meja lain ke nak duduk??, sne kosong, sane kosong, ataupun susah2 korg makan kat bwh je" pastu drg terkejut, then yg pakai tudung itam tu jawab, "garangnye, period ke?" WTH?? pastu drg gelak2, aku rse sgt tersaiko then aku membalas dgn slow je 'rimas tul, da la bising' pastu yg lagi sorg yg tinggi tu dengar n die ckp kat aku "klua makan sorang2, sian awk, mesti sunyi takde kwn kan?" WTH?? last2 aku buat derk je la ngan dorg, and makan cepat2 sket smpi tercekik2

Bila aku nak blah je dorg dtg kat aku n minta maaf sebab kacau aku, rupe2nye dorg pretend mcm kenal aku sal EX BF dorg ade kat situ, so nak menyamar je la yg dorg dah move on, aku pun dengar je la cite Cliche dorg tu sambil wat muke tak bersalah dan tak jawab pape, dah abis je cite dorg, aku pusing dan trus balik ke ofis tanpa ckp pape,

So skang aku tgh PK, Restoran tu dipenuhi dgn org2 Psycho, dgn Makcik yg over happy, waiter yg muke mcm ade masalah, customer2 yg Psycho, ataupun ini hanya perasaan aku je?

Happy time What do gari wari!!

Bo Duke : Its my Time Now, Its supposed to be My time!

Phrase tu mmg best, aku selalu bgtau diri aku mcmnie, dan ianya wat aku happy, arini lepak lunch dgn Zam And Bashir mmg best, bese la skali sekala jumpe member mmg byk cite yg kluar, Bashir mengingatkan betapa nakalnye aku waktu sekolah mnengah dulu, bila diPK kan blik, aku sgt sgt sgt nakal time tu, selalu prank n ejek org, haha, bese la budak2 kan?,

Tapi difikirkan mse tu, mmg aku tak penah fikir perasaan org laen, baik kwn2, mahupun cikgu2, sume aku bahan, sume aku serang, sesiapa yg sekelas ngan aku mmg padah la kene ngan mulut jahat aku ni, dan time tu aku je bhn org, bile org try nak bhn aku balik aku burst! sgt Bodoh kan?
budak pompuan? aku sgt anti ngan dorg, bg aku (time tu la) kewujudan dorg tu cume membazirkan ruang dan oksigen je.sampai mcm tu skali kan? tp dorg ta kacau aku dorg selamat la, pasal aku pun malas amik port dgn drg pon, dan dorg sgt takut diejek oleh aku (saidatul Akmar tell me this last week) haha, sedangkan time tu aku nak gak berkawan dgn drg kan,

Tp lepas pindah sekolah dlm 2 kali aku mula jadi anti-manusia lak, aku rse pemikiran dorg tu sgt ringkas dan cetek, ye, dgn erti kate laen aku rse aku bagus, hahak, aku tak campo ngan golongan2 kebanyakan ni, aku bercampo ngan org2 yg ade status, contohnye ketua2 pengawas, top scorer skolah, top sportsman dan yg top2 la, sbb aku nak compete ngan dorg dan aku nak bgtau dorg atas muka yg "KO LUM CUKUP BAGUS" psst.. time tu aku mcm la bgus sgt

skang, aku msih ade lagi perangai2 negatif aku yg aku terbawak2 dr dulu lagi ni, tp atas nasihat famili n kwn2 rapat aku try berubah, coz it not totally my fault, environment yg buat aku mcm ni, aku kene adapt kalo tak aku yg jd mangsa, hahaha,

Berubah jd Lebih Baik, Lebih Bagus, n live ur life so that u wont regret it later,, haha

Monday, June 14, 2010

Screwed up Big Time!

siot tol, claim bulan ni yg aku buat dah salah! pasal 1 number je aku kene wat balik semula sume claim!! Shit!! ape yg buat aku careless mcm ni? ape yg buat aku terlepas pandang nombor bodoh tu? kalau org len yg wat salah siyes kene maki ngan KP, tp aku tak kene, aku nampak yg die mcm marah tp die tak maki aku, die trus kua gi site, aku rse bersalah, sgt2 bersalah, aku nyaris2 wat company ni rugi RM 2ooK, so called Mr 'perfect' Ben of CSC, aku merosakkan reputasi aku sendiri, aku memalukan diri aku sendiri, terlalu yakin yg buat aku careless, berlagak yg buat coordination aku goyang!

begitu la limit manusia, terlalu gembira akan cuai, tak serius, aku kecewa ngan diri aku, hmm, betul, aku dah kua dr sistem yg aku sendiri buat, takpe, aku akan buat sistem baru, dan aku akan cuba lagi, THX to Uncle Francis sal bgtau aku yg Claim tu sume dah salah n luckily QS baru maincon yg perasan hebat tu tak perasan yg aku dah wat silap,

Sorry Uncle KP sal buat Uncle marah, i know u have high expectation of me, u trusted me and i ensure u this will never happen again, Ill try, n now i have to go somewhere n punished myself by kicking things!

aku tau kenapa aku jd camnie, aku tau, n aku akan selesaikan bende ni,

Sunday, June 13, 2010

Apakah?? Part 2

Aku sgt tersaiko dgn jiran sebelah kanan aku yg rumah die no 3 dr kanan umah aku, aku aritu menganggur die nak kirakan kerja kat Malaysian Airlines tp keje kat situ sgt2 tak best, pastu aku kerja kat CSC. Pastu Kelmarin die dtg umah aku dan interview aku ttg kehidupan sosial aku, WTH?? it doesnt concern u ouh! die ckp aku hujung minggu je duk umah, langsung ta kuar gi memana, pastu aku ckp la kat die, ' kua pakai duit, dok umah je takde la duit kua", abis je aku ckp tu die trus tye aku 'Long, ko takkan takde GF" APAKAH?? Pastu die kate die ade sepupu yg baye aku nak dikenenkan dgn aku, siap bwk gamba lagi, aku pun mcm bese la, nak bahan, Ma aku ade, Buat2 tak berminat je la tp siyesly aku tak berminat, PAgi tu aku Mandikan Ara die dtg dan kate nak kenalkan kitorg minggu depan, aku dah panas trus aku sound je, "makcik, sy tak berminat nak kenal dgn org2 kebanyakan ni" pastu aku tgk muke die berubah, aku tau dei kecik ati, tacing, tapi atleast Ma aku da bgtau die yg aku ni sgt Arrogant dan aku tak ske org sibuk2 tye sal aku, coz aku mmg tak nampak kebaikan pun if aku go on dgn suggestion die tuh, Abah aku pun buat2 kelaka lak tuk solve air yg dah awkward tu, tp aku trus je buat keje aku, aku bukannye angkuh sgt dgn jiran aku tu, tp bile die wat mcm tu aku rse diri aku sgt loser smpikan tuk cr GF pun perlukan bantuan dr die, N aku dah ade pilihan pon, wat ape semak2 dgn byk2 sgt org, sebab aku membesar dgn environment org2 yg selfish so, bile tetiba pindah sini org sume ramah2 aku tak tau nak layan mcmmane, paling kuat pun aku senyum je, n ape yg ditye itulah yg aku jawab,

jadi, habis je aku Mandikan Ara, aku trus head on to Seremban untuk wat keje sket dan mlm tu aku amik Applepie dan kua lepak ngan Alif n Raeff, lepak dgn diorg mmg wat aku release tension aku sepenuhnye, smpikan aku balik dgn keadaan cedera pasal byk sgt gelak, thx Guys, Thx Applepie

New Position in Company, And No more Hipocracy

Ari ni stat la aku berada di position baru lam company ni, walaupun meja dan position lam ofis aku tak berubah tp aku mmg akan buat keje yg lain dr ape yang aku buat for the past 3 month, selepas berjumpe dgn Uncle2 harapan aku semalam, aku bersetuju ngan dorg bahawa aku mmg perlu sambung belajar lagi dan aku akan ikut je guide dorg sbb so far ape yg dorg guide mmg menjadi, so i trusted them, Uncle aku juga ingin menjual Audi A4 die dan aku mcm berminat tuk takre over, tp atas sbb2 tertentu aku batalkan je la niat aku, hahak, sbb kereta tu bkan untuk org mcm aku, YET!

Hipocracy, ape yg die ckp betul, aku dah jd something yg bukan aku, tetibe je jadi sopan dan baik, LOL, sedangkan aku ni sgt Arrogant sebenarnye , so mcm yg die ckp 'be Yourself' , ok aku setuju, walaupun aku tau 99% org mmg takkan tahan dgn aku nanti, but who cares? im not there to be what u want, if u want to be with me, accept who i am, N if u leave me later that means u are not for me, coz where i stand, where i look, im not gonna change it. bear it or leave it,

Monday, June 7, 2010

Stupidity in the eye of Yukimura

This is Mizuno Yukimura from Furano,Japan , lets see what he has to say about me...

Posted: Nov 12, 2008 5:53 PM your time has come dude, dont be angry

+i dont know how to post picture, but im writing about our Group leader+

friends fullname:Rico Ridzhuan right?

what i call him:Rico

we’ve been friend since:2002

5 things about him:skates, snorkelling, skinny, omelette and waterslides

Most unforgetable moments:

we meet at Langkawi and stay in same resort that i forget the name, he bump on me in the swimming pool when he get down the adult waterlide(?), then he laugh loud. after a while i see he can’t even swim but he join his family in adults pool that is about 3 meters deep. my conclusion is he is stupid.we exchange mails on breakfast the next day cause he sit at the cafeteria stairs thinking what to eat with stupid look on his face

although Rico dont talk a lot, he like to pick fights even he is tiny(ha!) and he do things without thinking first and that is also stupid and funny. but you are good friend Dude


Did u guys agree that he called me stupid? hahaha, guess what dude, im gonna get even,, Domo Arigato!!

Wednesday, June 2, 2010

Apakah??

Tadi aku kua lunch kat restoran Sri Indah ade sesuatu yg pelik berlaku kat aku, aku berPK smpai skang,

Aku ske pegi tempat tu pasal ade byk pilihan lauk, tp ku makan 1 jenis je, n ari2 aku makan tu, biasala, manusia kan?

Dah ready sume aku pon duduk la kat meja depan skali tu, tetibe aku pandang kiri, ade seorang budak laki berdiri kat situ, aku rse budak ni umonye lam 4-5 tahun camtu n die pandang aku, tak senyum tak ape, die pandang je, aku pun pandang la die balik , aku pun tak senyum tak ape, emotionless je kan... lame kitorg berpandangan, lam 2-3 minit mcm tu, aku PK lak, budak ni nape? ade pape kat muke aku ke? or aku nampak kacak? die datang kat aku rapat pastu die cakap, "abang, abang rindu seseorang kan " WTH????!!!! asal ngan budak ni, die pon gi duduk kat mak die, then die pandang aku die senyum, mak die sikit punye jauh dr tempat aku dudk tuh, aku rse amat horror dan aku makan cepat2, sebelum balik aku bg budak tu Lolipop dan senyum kat Mak die..

Skang ni aku tak tau budak tu Psikik ke ape smpi leh bace fikiran aku, n kenapa aku yg jd mangsa die hari ni, aku ingat die pandang sal aku terconteng muke ngan marker ke ape ke.

Aku Bingung, is it too obvious? ke mmg nampak kat muka aku? bodoh betul, skang ni budak pon da boleh wat aku goyang, pe nak jadi ngan aku ni?

Tuesday, June 1, 2010

Tik Tok Tik Tok! Clock is Ticking

pagi ni aku bangun badan sakit gilerrr, pasal semalam aku tido atas mozek je sal aku tertinggal Toto kat umah Rawang. pagi ni badan aku stiff gile sampai aku jadi marah, eh, takleh marah sal aku dah janji takkan marah lagi,, hehehe, pagi tadi aku nak kua je aku tgk ade org parking Block kete aku, ye lah, apartmen, korg faham je la, parking sumbat, sebenarnye aku bangun mmg dah lambat pasal aku kene ade kat ofis kul 9.00 sal ade meeting ngan client, tapi, pasal kereta aku kene block aku pun tggu la bulan jatuh keriba, lam 10 minit aku tggu aku akhirnye dapat melepaskan diri dr tempat tu pasal org yg block aku tu pun nak gi keje so die pun alihkan kete die, die cakap sory kat aku tapi aku tak pedulikan sal aku dah lambat, aku pun drive slow2 mcm biasa 30km sejam je, kengkadang drop 25, biasa la, aku ni tak ske laju2,

sesampai je kat ofis aku trus masuk bilik meeting. jam kul 9.25, masuk je dalam, tolak je pintu, bilik tu masih gelap, sunyi~ aku leh denga bunyi angin bertiup ngan bunyi keyboard yg ditekan oleh akak kerani tuh, aku terkesima sekejap, meeting dah abis ke? aku rse loser gile, bos aku mesti kecewa, aku tutup pintu then aku lekatkan dahi aku kat pintu tu, tu gesture aku kalu kecewa, hahahak, akak tu pun cakap kat aku, 'cepat ko sampai?', dengar je ayat tuh. aku terus menoleh kearah die dgn wajah yg bengis sekali sambil tanye, "diorang dah meeting ke belum?'
dia jawab, 'Mne de, bos kat kedai ujung tu, minum". LOL

Aku bingung, aku pun pegi la kedai makan tuh, aku jumpe bos aku yg dah ala2 mabuk sal byk sgt minum teh tarik tuh. aku duduk la skali ngan die, die ckp kat aku "Ah wan~ah, manyak cepat u sampai?' aku dah blurr, siot tol,

Sampai sekarang kul 10.20, meeting blum jalan.janji kol 9.00, wth???!!!!