Dari awal disember smpi sekarang aku cukup2 bersabar,
awal disember aku hubungi wakil penjual kereta proton edar, dan setelah berbincang aku bersetuju nak amik model Persona M-Line 1.6 Auto, :D
harus aku puji salesman tu sebab die sangat bijak, die masukkan application loan Persona H-line yang harganya lebih mahal 5000 dr yang aku nak, so technically aku cume perlu bayar muka 1000 sahaja berbanding 6000, bersama dn rebat Hujung tahun Proton sebanyak 2000 jadi selain aku dapat kereta, aku juga akan dapat wang cash 1000 jika semuanya berhasil,
indahkan? hehe,
so it begins,
bank Hong Leong proses loan aku pada awal Disember, jadi pada minggu kedua baru die call dan sahkan identiti aku, dan guess what, macam satu dosa je aku berumur 22 tahun aku perlukan guarantor untuk buat loan walaupun bayaran bulanan tu hanya 15% gaji bulanan aku, jadi aku serahkan dokumen guarantor pada minggu ketiga,
dan secara tak kompetennya juruurus loan aku yang bernama Shida tu pegi bercuti sampai awal januari dan tak hand over dokumen aku kat rakan sekerjanya, jadi aku ene tunggu die bercuti, mmg bodoh beliau ni, buat keje sambil lewa
dan lepas tue masalah berterusan, die nak mak dgn bapak sahaja jadi guarantor aku jadi mak aku tak keje and dorg tak tahu betapa hensemnye bapak aku yang da tak mengaku aku ni anak die dan da setahun tak amik tahu pasal aku, jadi aku submit boss aku sebagai guarantor
da tue boss aku tak diterima untuk jadi guarantor, jadi kene siap pegi buat Surat Akuan Bersumpah depan Suruhanjaya Sumpah, dan dalam surat tu mengatakan yang bos aku sanggup untuk jadi guarantor kereta aku, and aku da pun submit minggu lepas,
jadi minggu ni aku kene tunggu keputusan bank untuk lulus atau tidak pinjaman aku,
kalau ya, lulus? Alhamdulillah,
Kalau tak? simple,
aku kene jd penumpang, pembonceng dan pelanggan kenderaan awam selama setahun lagi,
sebab akta bank negara , 24 tahun baru boleh buat pinjaman tanpa guarantor,
aku perlu bersabar setahun lagi,
jadi punca sume masalah aku skang ni ialah bermula april lepas bila aku bg duit roadtax kat orang tue and die tak buat roadtax aku, die pakai duit aku dan bila kete aku takde roadtax selama 2 bulan die jual kereta aku(Ara) dan die halau aku dari rumah, dan menyebabkan aku pernah tido ofis selama sebulan, menyewa bilik dalam rumah warga asing dan hidup terus menerus menyusahkan orang nak pegi mana2, pinjam harta bende orang atas sebab keje dan takleh nak ada life,
thx a lot, aku mmg tak penah putus doakan dia bahagia,
sebab aku mmg boleh hidup tanpa dia and seingat aku dulu pun dia tak penah ada pun fungsi dalam hidup aku, sampai sekarang
thx a lot for the hard life u gave me, thx for always robbing me, thx for stealing from me,
No comments:
Post a Comment